Khamis, 19 November 2009

my foverite,,,

hati lembu gorenggg pun sodap

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg hati lembu, hiris nipis, cuci dan toskan
2 biji bawang besar, belah 4 setiap biji
2-3 camca besar kicap cair
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Sedikit gula
4 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 camca teh lada hitam*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan kasar*
1/3 camca besar jintan halus*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam satu bekas, satukan hati lembu, bahan kisar halus dan kicap cair. Gaul rata dan perap sekurang2nya 3 jam (simpan dalam peti sejuk). Kalau perap semalaman lagi sedap..
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan hati lembu yang diperap tadi bersama jusnya sekali, kacau rata dan tambah sedikit air (anggaran 1/2 cawan). Masak dengan api sederhana hingga pekat. Tambah belahan bawang besar dan gula, gaul rata dan masak hingga kering sedikit.
Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi kicap cair (kalau tak cukup masin) dan masak sekejap lagi. Matikan api dan alih ke dalam bekas sesuai, tabur hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan sebelum dihidangkan...

click to create your own

Tiada ulasan:

Followers

My Blog List

My Blog List

My Blog List