Khamis, 19 November 2009

masak kormak


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging batang pinang (resipi asal guna ayam)
1/2 cawan susu cair + perahan 1/2 biji limau nipis = jadikan tairu
2 camca besar minyak sapi
1 cawan susu cair
1 biji bawang besar, dibelah empat
5 biji kentang sederhana besar
3 tangkai daun pudina
3 pelepah daun sedari
1 camca besar air mawar
10 biji kacang badam
2 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
1/2 camca teh sajira (jika ada....mat tak letak sebab tak de)*
1/2 camca besar lada putih biji*
5 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 biji pala*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Garam dan gula secukuprasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Daging dipotong kiub sederhana besar, cucuk dengan garfu, cuci dan toskan. Badam direndam dalam air panas, kemudian, kupas kulitnya dan tumbuk lumat. Kentang dikupas dan belah 2, rendam.
Masukkan daging tadi dalam satu bekas, campur dengan bahan kisar halus dan badam tumbuk, gaul rata dan perap 10 minit (mat perap 30 minit). Tuang dalam periuk atau kuali dan masukkan susu cair, minyak sapi, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, garam, gula dan air secukupnya (anggaran 1 1/2 cawan). Biar mendidih.
Bila daging 1/2 empuk, masukkan kentang dan tairu, belahan bawang besar, daun pudina dan daun saderi, masak dengan api sederhana hingga kentang lembut dan kuah pekat.
Akhir sekali masukkan air mawar, kacau rata dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani atau pun sedap dimakan bersama roti benggali!!....

click to create your own

Tiada ulasan:

Followers

My Blog List

My Blog List

My Blog List